Monday, June 22, 2009

mySentra

18hb Jun 2009 aku berjaya memiliki sebuah lg kete dlm hidupku yg dipinjamkan oleh bank..alhamdulillah.. sebelah paginya aku ditemani husband aku g wat HSG X-ray kt KL.. alhamdulillah ok,mgkin lum ada rezeki..dpt la MC seharian.
sebelah ptg dgn keadaan nk jalan pun x larat aku gagahkan jugak utk ambik kereta ini.. inilah kereta kedua aku after myCute kancil..



Friday, June 19, 2009

Family Day di Kuantan



Kunjungan kali ke-2 aku ke Kuantan utk tahun 2009 dgn misi yg berbeza....
percutian selama 3 hari 2 malam ke sana utk sama2 menjayakan hari keluarga family belah husband aku..
bergerak ptg jumaat n terus ke rumah rehat MARA, bermalam di sana selepas menjamu selera di AWANA seafood(mcm2 lauk ada)...

pg sabtu 2 buah kete ke Kemaman n sebuah ke umah wan anjang.. aku ke Kemaman n sempat merembat kain, tudung n cadar..pekena sata n laksam kt kuala kemaman...


sebelah malam diisi dgn solat mghrib n isya' berjemaah..turut menjemput ustaz memberikan tazkirah dlm mencari keberkatan rezeki di dunia dan akhirat...


ini sotong yg dibeli di jeti Kuala Kemaman..n aku telah melakukan eksperimen buat sotong greng tepung..sekali ia meletup..pedih siut tangan aku..than husband aku meneruskan eksperimen..x menjadi tp tetap abiss..cuba di lain kali..hehehe..
ini lak the good boy ngan bebola naga azimat..sabar menanti kepulangan mama,abah n adik syamil nya 3 ari 3 malam dr Giant utk melengkapkan lagi 6 biji bebola naganya..tido bola,makan bola..

2nd night kami n beberapa family yg lain beradu di Bailey's Court..

pepagi ahad ke umah rehat MARA semula pekena nasi lemak sebelum sama2 bersukaneka..semua bermain dlm keadaan terkawal tanpa pengaruh alkohol..






jenuh ngingat si suami suka mkan apa..sbb semua pun sedapp..kuikuikui..
yg bertuah melayakkan diri utk memdapat adiah..mekacih,mg sentiasa bertuah utk kami melengkapkan set mangkuk..

selepas mkn tghari..bergerak balik ke KL tp terus ke Shah Alam menyambut family abg dari Korea..tp derang yg sambut kitorang sbb mereka dh smpai umah dulu...hehehe..sblm tu singgah lg mkan kepok leko n sata kt Pak Soh 2..
satu soklan seblm menoktahkan coretan, di manakah Dina b'sembunyi?? SAYONARA..

Thursday, June 4, 2009

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

salam semua
2 bulan lebih dh update blog aku nie..x kesempatan n xde ape yg nk aku update..ni ada email yg aku nk kongsi bersama ngan kaum2 Hawa yg bergelar n bakal bergelar isteri..>n kaum2 Adam cuba2 la mencintai 8C nie kalu ianya ada pada isteri anda..hehehe..bukan, perbertulkan isteri agar ia dapat 8A..

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.

C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa... Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renung2kanlah dan selamat beramal


"Cintai Diri Nescaya Anda Akan Dicintai Oleh Orang Lain" - DMFK